WARKAH CINTA
Assalamualaikum w.b.t...
Kali ini ,akan ku coret kisah yang aku alami selama ini di atas kertas bernama warkah cinta. Hidup ini, tidak akan sunyi dari cabaran dan dugaan.walau seribu kali aku menolak tetapi , seribu kali juga ia akan hadir. Itulah yang dinamakan takdir. Siapa tahu , hari-hari gembira yang aku pamerkan selama ini hanya satu tipu muslihat untuk menutup segala kekecewaan yang ku alami. Mungkin ini warkah cinta yang terakhir dalam hidupku. Akan aku rangkumkan perjalanan hidupku dari dulu sehingga kini .warkah cinta yang selama ini ku coret, aku bekaskan di dalam satu kotak yang bernama ‘warkah cintaku’.
Selama ini , aku hanya berdiam diri. Tidak pernah bercerita tentang kisah hidupku. Jika aku berasa sedih , aku akan menangis. Biarlah apa orang hendak kata. Aku tetap seorang insan , walaupun aku seorang lelaki. Aku ada hati dan perasaan. Adakah salah jika seorang lelaki itu menangis? Bagi aku tidak. Aku tidak pernah berasa secebis kebahagiaan. Rasa yang aku alami ini hanya aku pendam. Tidak pernah aku luahkan. Rasa ini , sukar untuk ditafsirkan. Ia pedih menikam jiwa. Puas aku cuba untuk merawat luka itu, namun , tidak pernah berjaya. Hatiku ini , bagai dihiris dengan belati tajam.
Masih ingat lagi , detik-detik perpisahan antara aku dan ayah. Ketika itu , usia ku baru 5 tahun. Ayah pergi buat selama-lamanya , kembali kepada pencipta alam fana ini. Ayah meninggalkan aku dengan 1001 luka yang amat dalam. Sejak itu juga , mulalah detik hitam di dalam diriku ini. Tiada lagi pelangi yang menghiasi liku-liku kehidupanku. Puas aku cari pelangi yang indah itu , namun tidak penah aku temui. Bertahun lamanya aku menanti pelangi yang indah itu, tapi masih tidak diketemui... Mengapa? Kerana aku kehilangan ibuku juga, bukan dalam erti kata yang sebenar . Aku kehilangan kasih sayang seorang ibu. Ibu sering menyalahkan diriku ini di atas kematian ayah. Siapa duga ibu yang selama ini membelaiku , menatangku bagai minyak yang penuh , mula menyemai rasa benci terhadap anak lelaki bongsunya ini? Siapa duga , apa yang tersirat dihati aku saat itu?apa yang aku rasa? Apa yang aku tahu ketika barumur 5 tahun? Tiada siapa yang dapat menyelami rasa di dasar hati ini..
‘Ayah.... Fiq nak ayah. Fiq rindu sangat pada ayah. Ayah balik la..ayah..tak ada sapa yang sayang Fiq lagi. Semua orang benci Fiq.. ibu pun benci Fiq. Ayah , kenapa ibu benci Fiq..?Fiq jahat sangat ke ayah? Fiq nakal sangat ke? Ayah Fiq sayang ibu..Tapi, Ibu dah tak sayang Fiq macam dulu..ayah tolong Fiq ayah..!. ayah..kenapa ayah tipu Fiq..? Ayah kata nak tengok Fiq berjaya?..kenapa ayah tipu Fiq..?sampai hati ayah buat Fiq macam ni.. ayah..hati Fiq sakit sangat ayah..sakit sangat.. tak ada sapa pun yang tahu. Fiq sorang je yang tahu, ayah..ayah.. Fiq nak cium dahi ayah macam selalu.. nak main dengan ayah.. nak ayah hantar Fiq pergi sekolah..nak peluk ayah kuat-kuat..nak tidur dengan ayah.. nak ayah pujuk Fiq kalau Fiq sedih..ya Allah.. kembalikanlah ayahku..! aku rindu sangat kat ayah..balikla ayah,...’
Itulah , rintihan hatiku yang tak siapa yang tahu. Jiwa seorang anak lelaki yang dambakan kasih sayang. Rintihan yang sering aku ucapkan sejak berusia 5 tahun lagi. Ketika itu , aku tidak tahu erti kematian , erti kehilangan. Aku fikir ayahku hanya tidur seperti selalu. Namun , aku hampa kerana ayah aku tidak pernah kembali sejak dari peristiwa itu. walau , sejuta kali aku pohon agar ayahku dikembalikan tetapi , ia tetap tidak akan kembali buat selama-lamanya. Tidak siapa boleh melawan takdir.. aku hanya mampu menangis sahaja waktu itu..hanya itu yang aku tahu...
Kadang kala aku terfikir. Apa salahku sehingga ibuku sendiri membenciku?memulaukanku? rasa terkilan , kecewa , sedih berpadu menjadi satu. Adik beradik juga menghindarkan diri dariku. Aku masih ada keluarga tapi , aku sebatang kara. Aku cemburu. Cemburu melihat rakan-rakan seusiaku yang punyai keluarga yang bahagia. Aku? Apa yang ada? Hanya ‘warkah cinta’. Aku sering tertanya-tanya..tidak layakkah aku merasai sedikit kasih sayang? Walau hanya sebesar hama sekalipun? Aku dambakan kasih sayang dari seorang ibu..
‘Fiq..mana ibu kau? Takkan ibu kau tak datang? result PMR kau punyalah gempak.. takkan ibu kau tak nak tahu result kau yang cemerlang ni? Bukan setakat cemerlang tapi , best students..bukan senang nak dapat. Lagi dekat sekolah kita yang memang ramai pesaing. Sekolah Aminuddin Baki katakan..’
Terluka perasaan aku apabila soalan itu diajukan kepadaku. Air mantaku saat itu , usah dikata. Mengalih lesu di pelupuk mata. Sedih. Pedihnya rasa itu , menikam jiwaku ini. Kalau lah ayah masih ada , pasti ayah akan gembira. Ya Allah rindunya pada ayah. Tapi sayang , ayah tiada saat aku peroleh kejayaan . Ibu pula, tidak pernah ingin mengambil tahu perihalku. Bagi ibu , aku anak yang menyusahkan. Anak pembawa sial. Itu kata-kata yang sering ibu lontarkan jika aku pulang kerumah. Aku lihat di sekelilingku waktu itu , ibubapa rakan-rakanku memeluk anak mereka dengan penuh kasih sayang. Memberikan ciuman kepada anak mereka sambil mengucapkan tahniah. Rindu terhadap ayah saat itu semakin menebal.
Kisah itu berulang lagi , bilamana aku memperoleh 11A dalam SPM.. ketika aku menerima keputusan itu , aku mengharapkan belaian seorang ibu. Inginkan ucapan tahniah meniti dibibirnya. Inginkan dahi ini dikucup. Inginkan dahi ini basah kerana air mata kegembiraan ibu. Namun , itu hanya angan-angan yang akan tebang bebas seperti burung di udara. Apa yang ku harapkan tidak kunjung tiba, tapi yang tidak ku harapkan pula bagai memahami perasaan ku ini. Aku hanya menompang kasih ibu , seorang rakan. Dia yang memujukku saat aku menangis di penjuru dewan.
Selama 23 tahun aku hidup , aku tak pernah memperoleh kasih sayang seorang ibu. Hanya 5 tahun sahaja ibu menatangku bagai minyak yang penuh dan selepas itu...tidak usah diungkap lagi.. ibu tidak pernah berubah. Biarpun beratus kali aku memperolehi kejayaan, ibu tetap begitu. Dalam hidup ini, aku tidak inginkan kejayaan tanpa , kasih sayang ibuku.. aku mahu ianya seiring agar kebahagiaan ini dapat dikongsi bersama..
Dalam hidupku ini , hanya satu yang aku inginkan. Keinginan yang selama ini , aku harap-harapkan. Tetapi , masih belum tertunai lagi. Setiap kali usai solat ,aku sering berdoa kepada yang Maha Esa. Aku masih menanti…
‘ibu..Fiq sayang ibu..sayang sangat kat ibu..ibu,sayang lah Fiq bu..sayang Fiq macam ibu sayang abang dengan akak..ibu,,Fiq rindu sangat kat ibu. Rindukan kasih sayang ibu. Ibu, fiq nak sangat cium pipi ibu.. dakap ibu lama-lama..kucup dahi ibu..Fiq teringin sangat nak salam tangan ibu , cium tangan ibu.. Fiq nak sangat ibu temankan Fiq tidur , cium Fiq sebelum tidur macam ibu buat pada abang dengan kakak..suapkan Fiq makan..jaga Fiq kalau Fiq sakit..pujuk Fiq kalau Fiq merajuk..ajar Fiq belajar..belai Fiq kalau Fiq sedih...Fiq dambakan itu semua ibu..Fiq nak jadi anak soleh..anak yang sering gembirakan hati ibunya..Ya Allah..berikanlah ibuku..kembalikanlah ibuku dalam erti yang sebenar– benarnya , Ya Allah..’
Siapa tahu , itu lah rintihan aku sejak dulu. Ahh.. saat menulis warkah cinta ini , air mataku menitis sekali lagi..mungkin ini tangisanku yang terakhir..ya..mungkin terakhir.. ibu , maafkan Fiq.. disebabkan Fiq, ayah dilanggar lori hanya untuk menyelamatkan anak yang tidak berguna ini..
Di dalam warkah cinta ini...inginku nyatakan perasaan cintaku..cinta pada Allah...cinta pada Nabi Muhammad..cinta pada Ibu...cinta pada ayah..cinta pada abang dan kakak..cinta pada kekasih yang tidak akan ada dalam liku-liku kehidupanku.. kerana tidak sempat berkasih antara kekasih aku disahkan menghidap penyakit barah otak...
Ya Allah...beratnya dugaan yang harus ku tempuh...berikanlah aku kekuatan.. dengarlah rayuan hamba-Mu ini ya Allah...sebelum nafasku terhenti KAU berikanlah aku peluang untuk merasai kasih sayang seorang ibu..aku pohon pada-Mu ya Allah.. aku mohon sangat-sangat ya Allah.. berilah aku peluang itu walaupun hanya sedetik...kerana aku percaya bahawa dalam kedukaan yang panjang itu pasti ada bahagianya... hanya pada-Mu aku meminta..hanya pada-Mu aku mempersembahkan sayang ini...
Di saat aku berjuang untuk melawan penyakitku ini...akhirnya , aku dapat juga apa yang aku inginkan.. Allah memakbulkan doaku. Syukur , Alhandulillah. Ibu datang memberi kasih sayangnya.. menjaga aku ketika aku sakit.. menyuapkan aku makanan..memujukku saat semangat terus hidup makin pudar..aku dapat peluk ibu aku erat-erat..kucup dahinya dengan penuh syahdu...cium pipinya...bersalaman dengannya..ibu juga menemankan aku tidur..membelai rambutku dengan penuh kasih sayang.. aku peroleh segalanya di penghujung kisah hidupku yang hampir tamat..
Aku bersyukur pada-Mu ya Allah...kerana memakbulkan doaku itu.. saat aku mencoret warkah cinta ini aku sedang terlantar di atas katil hospital.. ibu sendang tidur.. air mataku mengalir lagi tanpa henti...aku kucup dahi ibu...aku rindu pada arwah ayah...pada bila-bila masa sahaja aku akan ikut jejak langkah ayah...menghadap pencipta-Nya.. kata doktor , aku tiada harapan untuk sembuh... kerana barah otak yang ku alami sudah sampai ke peringkat 4..hanya menunggu masa..untuk kembali kepada-Nya. Ya Allah terima kasih atas segala-galanya..... akan ku selitkan warkah cinta ini di sisi ibuku... ibu Fiq sayang ibu.....sayang sangat-sangat... selamat tinggal Ibu…
sekian ,warkah cinta dari insan bernama Muhammad Syafiq Fikri... Wassalam ..
Sudah tercatat bahawa pada hari jumaat ,17 ramadhan itu , tamatlah riwayat insan bernama Muhammad Syafiq Fikri.. Dia pergi buat selama-lamanya..mengikuti jejak ayah yang disayangi selama ini. Memang warkah cinta itu adalah warkah cinta yang terakhir dalam hidupnya.. usai dia menulis warkah cinta itu , dadanya mula berombak. Nafasnya tidak teratur. Kalimah-kalima syahada meniti di bibirnya yang pucat. Pandangannya mula kabur. Dan akhirnya , dia pergi jua di sisi ibunya. Maka , tamatlah riwayat insan yang tabah itu...dalam hidup ini , tak segalanya indah sehingga penghujungnya... dan tak selamanya duka sehingga penghujungnya..pasti akan ada secebis kebahagiaan. Walaupun hanya sedetik.. moga roh insan berhati cekal ini dicucuri rahmat...Al-Fatihah....
Nukilan,
Wafiyah Iman a.k.a Aini Yumni
0 Comment:
Catat Ulasan